Tuesday, August 19, 2008

PORTUGIS JAJAH BANDAR SAJA?

Bersembang dengan Datuk Dr Malik Munip petang ini.

Beri perspektif baru kepada saya bahawa Melaka tidak pernah dijajah oleh Portugis.

Portugis hanya menguasai bandar Melaka, bukan ke seluruh negeri.

Apabila Sultan Melaka memindahkan ibukotanya ke tempat lain, bandar Melaka terus merosot.

Portugis terpaksa menjemput Sultan Melaka ke bandar Melaka dengan satu istiadat gilang gemilang untuk membantu memulihkan bandar Melaka. Maklumat ini diberitahu oleh rakannya yang membuat kajian hubungan Portugis dan Melaka.

Jadi orang Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah dan kawasan lain daripada bandar Melaka tidak dijajah oleh Portugis. Hanya bandar Melaka saja seperti di Macau bukan China dan Goa bukan India.

(Posting tru NE90)

13 comments:

Hasbullah Pit said...

Penjajah hanya menjajah setakat Alai sahaja. kalau ke arah selatan.

Gagak di Rimba said...

Entahlah, saya bukan pakar sejarah.
Tapi saya rasa kalau ibu negara (bandar Melaka) jatuh dan Sultannya kalah, maknanya "seluruh" negerilah jatuh ke tangan Portugis.

Lagipun pada masa itu Melaka ialah "negara kota". Di situ pusat pemerintahan, perdagangan dsb. Kampung-kampung di luar bandar Melaka, di Ulu Melaka, atau di kawasan lain, agaknya memanglah "tak dijajah" oleh Portugis. Tapi kawasan kampung itu merupakan kawasan yang masih mundur dan "tak ada pembangunan". Jadi nak dijajah pun buat apa?

Quantum Metal Consultant said...

Penjajahan fizikal tidaklah memberi kesan sangat jika dibandingkan dengan penjajahan mental dan moral.

donmny said...

TUAN

kalau berhajat ingin mengetahui sejarah tanah melayu yang hebat, lawatilah blog EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH.

terdapatnya manuskip UNDANG-UNDANG KEDAH yang dipulangkan british pada tahun 2004 atas permintaan dr mahathir sebelum persaraannya.

undang-undang kedah ini lebih lama usianya dari sejarah melayu tun sri lanang.

terdapat jawapan wat buddha yang menjadi rebutan antara thai dan kemboja sekarang ini. kenapa wat tersebut tidak ada patung pun.

mengikut sejarah,pengislaman islam ditanah melayu dikatakan oleh parameswara pada tahun 1400m. tetapi terdapatnya batu nesan dipekan langgar kedah bertarikh 904m.

sejarah perlu ditulis semula mengikut kajian tempatan dan bukannya mengikut tafsiran barat membuta tuli

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
menarik juga sejarah nih tok terutama melaka dan ikan bakarnya
kalau tak silap saya ada dalang(seorang perempuan) membocorkan rahsia dalam kejadian serangan hendap melaka kepada portugis dek kerana terlampau sayangkan seorang askar portugis
tetapi dalam kes pkr ini janganlah pula menjadi dalang memusnahkan negara dan orang melayu hanya kerana terlampau sayang nak jadi pm
yo no soy marinero
yo soy pm yo soy pm

Akar Umbi said...

Satu pandangan yang baru! Apakah disebalik pandangan tersebut? Kalau sampai lari ke Johor dan kemudian ke Sumatera, merajuk ke namanya?

Sang Rajuna said...

Mungkin juga begitu, sebab pada masa itu yang dikatakan negeri Melaka terutamanya ialah bandar Melaka. Kawasan luar bandar, mungkin ada sedikit sawah dan dusun, dan lebih banyak kawasan hutan. Tak kan Portugis nak jajah kawasan hutan?

Lagi pun yang lebih penting lagi, pada masa itu hanya ada konsep "kerajaan" dan tidak ada konsep "negara" (negara moden dengan sempadan yang jelas).

Jadi jika kerajaan jatuh dan dijajah, maka seluruh kawasan kerajaan itu dianggap telah dijajah.

apisfires said...

iya ka??
bagus la...
aku orang melaka gak, bukit katil

tajudin said...

maaf Datuk Harimau, tak boleh la macam tu.

Jepun pun rasanya mai datang konker bandar besar je, tapi sejarah iktiraf Jepun jajah Tanah Melayu.

epain said...

jadi...maksudnya...kebanyakan penduduk luar bandar tidak kenal erti penjajahan yg sebenar?....

hmmmmm...mcm mana pulak dgn naning?...

UMNO PARTI PENJARA said...

Mereka memilih lokasi yang strategik ;)

Jangan lupa pada sejarah :)




Jangan lupa sertai forum bersama saya ;)

Layari
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Anonymous said...

akum dato...

abis kg mertua saya di bkt cina macam mana pulak........heheheheheh

hasipin66 said...

tapi datuk,fakta dalam sejarah da diterima seluruh duniapun,so maksudnya jatuhnya kerajaan Melaka masa tu tamatlah kekuasaan kesultanan melayu melaka.