Thursday, August 21, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (17)

Masyarakat India, walaupun bilangan mereka kecil iaitu enam peratus daripada 58,000 pengundi Permatang Pauh, tetapi ia tetap menjadi sasaran kedua-dua parti yang bertanding.

Kaum India yang seramai 3,300 orang di PP tinggal di beberapa kampung di Seberang Jaya seperti Kampung Bagan Serai, Kampung Titi, Kampung Penanti, Taman Arowana dan pekan Permatang Pasir.

Jika diambilkira hanya 80 peratus keluar mengundi pada 26 Ogos ini, maka kedua-dua parti perlu mendapatkan undi daripada 2,500 pengundi. Setakat ini, keadaannya seimbang dan ramai yang berada di "persimpangan jalan" atau atas pagar.

Jika pada PRU12 Mac lalu, sebahagian besar mengundi DS Wan Azizah Wan Ismail tetapi kini mereka merasa kecewa dengan tindakan perletakan jawatan Presiden PKR itu untuk memberi laluan kepada suaminya, DSAI.

Bagi mereka, undi yang diberikan "dipermain-mainkan".

Ejen kenit memberitahu saya, masyarakat India juga kini marah dengan DSAI berikutan seorang leftenannya iaitu AP Kulim Bandar Bahru, Zuflili Noordin, telah mengetuai demonstrasi terhadap Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam.

Bagi masyarakat India, forum itu tidak seharusnya diganggu terutamanya pemimpin PKR kerana ia membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan pemelukan Islam, harta, waris dan isu lain yang perlu disokong oleh PKR dan PAS.

Mereka terkejut dengan perubahan PKR yang melaung-laungkan konsep pelbagai kaum dalam ceramah-ceramah di seluruh negara, tetapi sebenarnya tidak memperjuangkan kepentingan masyarakat India berhubung isu agama.

Bagi mereka, ini satu pembohongan oleh pemimpin PKR.

Ejen kenit memberitahu saya, sebahagian besar pengundi termasuk golongan muda akan beralih arah menyokong BN pada pilihan raya kecil ini.

Yang terus menyokong PKR hanyalah mereka yang mempunyai harapan tinggi untuk menjadi calon PKR pada PRU akan datang.

15 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

2004 undi India pada BN

2008-Hindraf dah kacau menyebabkan undi mereka pada PAS dan PKR, DAP.

Kini, orang India menjadi mainan kepada PKR. Mana pergi HINDRAF selepas ada pemimpin mereka berjaya menjadi YB dan berjanji akan membela kaum India di Malaysia.

Namun begitu, HINDRAF telah menyifatkan orang Melayu pada permulaan telah membunuh orang India seramai 100 orang. kemudian mereka menuduh orang UMNO melakukan sedemikian setelah melihat sokongan dan pandangan Anwar sebagai SAMI HINDHU dan ULAMA PKR.

Anonymous said...

Kalo fikir lebih mendalam Datuk, pengundi di PP mengundi Datin Seri Wan Azizah pun kerana faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Siapa DSWA sebelum 1999 dulu? Dia bukannya politician. Dia cuma isteri kepada politician. Macamana beliau yg pertama kali bertanding, boleh menang besar pada tahun 1999 dulu?

Ayat - "Bagi mereka, undi yang diberikan "dipermain-mainkan" "- nampaknya tak kene Datuk.

Pengundi PP mengundi DSWA kerana mereka meletakkan harapan DSAI akan pulang menjadi wakil mereka suatu hari nanti.

Dan sekarang harapan mereka dah termakbul. Sireh sudah pulang ke ganggang ...

Saya rasa elok rasanya Datuk carik Ejen Kenit yg lain ... Ejen Kenit Datuk ni cam tak boleh pakai je ...

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Masih belum terlambat untuk masyarakat Permatang Pauh sedar akan realiti yang sebenar. PKR bukanlah parti yang boleh membantu masyarakat tetapi barisan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang sudah cukup baik dan bertimbang rasa dalam membawa banyak perubahan kepada rakyat malaysia.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
"TEMBAK SEBELUM SEMAK" ungkapan yang paling baik diungkapkan oleh Ts Koh malam tadi mengambarkan parti lawan terhadap isu yang didebatkan.Syabas dan tahniah buat Ts Koh dAN eN Lim kerana debat didalam keaadan yang sihat."sewaktu kami menjadi pembangkang kes -kes rasuah berjaya kami selongkar inikan pula setelah kami menjadi kerajaan negeri",Agaknya mereka terlupa kot dato bahawa mentadbir bukan hanya bererti mencungkil atau mencari silap yang lalu..So permatang pauh amacam?dah tekadkan hati?dah bulatkan keputusan?

P/S: Gambar dato kat sebelah macam lelaki misterilah..garang sikit tiger.

Sang Rajuna said...

Salam,

Saya rasa pengaruh Anwar di kalangan orang India masih kukuh. Saya tak nampak peralihan undi di kalangan mereka.

Faktor Zulkifli Nordin mungkin ada kesannya jika dimanipulasikan oleh orang UMNO. Tapi kita tengoklah nanti setakat mana kes Zulkifli itu boleh mengurangkan undi orang India terhadap Anwar/PKR

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Menurut maklumat ejen kenit saya, ramai orang India dari luar kawasan Permatang Pauh datang untuk mempengaruhi penduduk di sini. Mereka datang beramai-ramai dan tinggal di tempat tertentu yang dikhaskan oleh PKR.

Ada antara mereka yang ditugaskan untuk mempengaruhi pengundi Permatang Pauh dalam apa cara sekalipun termasuk memutar-belitkan fakta mengenai kehidupan masyarakat India di negara ini. Maklumat yang disebarkan seperti maklumat yang direka oleh Hindraf.

ibrahim yahaya said...

Sdr MR,

Ejen kenit saya ini bukanlah seorang tetapi kawan-kawan yang duduk di lapangan. Mereka bergaul dengan penduduk tempatan dan mendapatkan maklumat terperinci. Mereka daripada pelbagai jenis kerjaya termasuk kewartawanan dan keselamatan. Itu maklumat yang diberikan, terpulanglah kepada kita untuk menilaikannya.

Razlan said...

Dato Rimau ...

Apa pandangan dato Bloggers terbalikkan Bendera Malaysia ?

SUARA PENSIANGAN said...

Barisan Nasional perlu mengotakan janjinya kepada masyarakat India sepertimana yg telah dibincangkan dgn PM selepas peristiwa tunjuk perasaan oleh HINDRAF.

Anonymous said...

Bukan pemimpin PKR pandai berkata dua bahasa yang berlainan seperti yang disebutkan oleh Ezam. Anwar pula tidak langsung mengkritik atau menentang Ezam balik walaupun Ezam sanggup didakwa oleh Anwar untuk dihadapkan ke mahkamah. Mungkin Ezam tahu bahawa Anwar gagal mendapatkan pengaruh daripada golongan melayu di Penang dan cuba mengekalkan pengaruh bukan melayu dengan melaungkan slogan demokrasi beliau yang jelas mengumpan golongan india dan cina untuk terus mengundi beliau di Permatang Pauh.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Masalahnya ialah bukan isu terlambat atau tidak tetapi golongan yang begitu taksub dengan DSAI. Bagi mereka, semuanya mengenai DSAI di Permatang Pauh. Tiada orang lain. Tiada parti lain. Mereka terlupa bahawa UMNO dan BN menerusi DSAI pernah membantu mereka terutama dalam mendapatkan pelbagai kemudahan di PP.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Biar macam misteri bukan benar-benar jadi orang misteri yang menyebabkan orang garu kepala setiap kali kali bersuara. Hari ini, nak tolong Melayu tetapi esok kata kat masyarakat India, nak bagi bantu India dan kepada penduduk Cina pula kata akan beri sama rata. Itulah misteri yang perlu dirungkaikan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Sang Rajuna,

Maklumat terbaru yang saya perolehi ialah BN perlu kerja kuat lagi untuk "memulihkan" semangat masyarakat India yang kini terkeliru dengan pelbagai maklumat terutama janji-janji bulan dan bintang. Kita tidak mahu penduduk India menaruh seribu harapan tetapi apabila PKR menang, apa yang dihajati tidak dilaksanakan. Ketika itu, menyesal pun tak guna. Eloklah pilih BN saja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Razlan,

Jika kita marah seseorang individu, janganlah kita bakar pula pejabatnya. Ini mesti difahami kerana pejabat itu dimiliki oleh orang lain juga. Tiada pejabat, tiadalah kerja.

Jika kita marah seseorang individu, janganlah kita kita kacau bendera Malaysia yang dimiliki oleh semua orang. Terbalikkanlah orang yang kita tidak suka tetapi usah ganggu Jalur Gemilang. Nanti semua orang akan marah kepada kita.

Anonymous said...

Semoga mereka dapat memilih dengan lebih bijak. Jangan hanya kerana simpati, mereka mengundi. Anwar banyak janji yang ditabur sana sini, tapi tengok tindakan tak macam tu pun, janji kat orang ni macam ni, kat orang tu macam tu. Konon2 nak membela orang bukan Melayu, tapi tengok tindakan baru baru ni macam mana?