Sunday, August 17, 2008

CHONG WEI DAPAT PERAK

Lin Dan mengalahkan Lee Chong Wei untuk memenangi pingat emas Olimpik Beijing dalam acara individu badminton lelaki sebentar tadi.

Lin Dan mengalahkan LCW 21-12, 21-8.

10 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Yang penting dia dah cuba yang terbaik, syabas buat Lee Chong Wei

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Salam kembali.

Tahniah juga kepada Misbun Sidek yang berjaya membentuk Chong Wei. Satu ketika dulu prestasi Chong Wei menurun di bawah jurulatih CHINA tetapi apabila LCW minta dilatih oleh Misbun, Chong Wei muncul antara yang terbaik di dunia. Inilah semangat kental rakyat negara yang perlu dicontohi. Bukan makan angin dan menyalahkan faktor lain.

Anonymous said...

Datuk...

Rakyat Malaysia memerlukan antara satu sama lain tidak kira Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan, Melanau dan lain lain.

Semua adalah setaraf tapi malangnya masih ada mentaliti tahun 60an dari ahli politik yang hanya cuba mengapi apikan semangat Malaysia.

Malaysia untuk semua. Tidak kira Lee Chong Wei, Misbun dan lain lain. Lengkap melengkapi sebagai rakyat Malaysia.

Yahya Ahmad
Jerantut

Sang Rajuna said...

Dalam perlawanan terakhir ini, saya tak nampak Chong Wei tunjukkan permainan terbaik. Awal-awal lagi dia sudah banyak buat silap. Apa yang tak kena?

ibrahim yahaya said...

Sdr Yahya Ahmad,

Salah seorang yang memberi komen dalam DUNIATIGER terhadap kejayaan LCW tempoh hari ada menyelitkan unsur-unsur perkauman seperti mengapa tiada ini dan tiada itu. Apa itu babi dan tidak mahu pulang ke Cinalah. Macam-macam lagilah. Itu macam bau nafas seorang ahli parti yang memainkan sentimen perkauman sempit. Biarlah dia terjun dengan labu-labunya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Sang Rajuna,

Mungkin tekanan daripada pelbagai sudut termasuk dari penonton dalam stadium. Kita hanya berdoa dan berharap, tetapi LCW yang terpaksa melaluinya. Apa pun, tahniah Chong Wei.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Corak dan gaya permainan LCW malam tadi tidak seperti sewaktu melawan pemain korea tempoh hari mantap dan bersemangat.Saya agak kecewa juga dengan permainan yang ditunjjukkan..memanglah trend agaknya sukan malaysia ini bila ada sedikit harapan akhirnya pasti kecewa,Buat LCW syabas dan tahniah sekurang-kurangnya pingat perak tersebut akan menjadi pemangkin semangat buat seluruh rakyat Malaysia bahawa semangat "MALAYSIA BOLEH" tidak akan padam...Tahniah juga buat DIY..

P/S: DIY diharap main badminton selepas ini mana tahu untuk olimpik yang akan datang....:-)

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Salam kembali. Saya dah ada kat KL.

Mungkin CW penat bermain dengan pemain Korea tempohari.

Tahniah juga kepada TJ kerana menaruh harapan. Adakalanya daripada harapanlah, ia membawa kepada kejayaan.

Kutip bola boleh la. Atau jadi pegawai "makan angin".

Anonymous said...

BAgi saya Lee Chong Wei sudah cuba buat yang terbaik dan sedaya upaya untuk tidak menghampakan 27 juta rakyat Malaysia. Saya lihat di cuba memberikan tentangan tetapi tidak dapat mengatasi lawannya yang bermain terlalu laju. Saya rasa Chong Wei tertekan menyebabkan dia kalah mudah kepada Lin Dan. Nasib belum menyebalahi kita untuk meraih emas dalam olimpik pada kali ini. Apapun saya tetap berasa bangga....TAHNIAH LEE CHONG WEI! TERUSKAN PERJUANGAN!!

Shah Efendy said...

Datuk,

Kolaborasi Lee Chong Wei (LCW) dan jurulatih merangkap mentornya Haji Misbun Sidek, adalah manifestasi daripada hasrat perpaduan kaum di negara ini. Contohi mereka yang saling memerlukan demi untuk kejayaan negara. Sekalung tahniah serta syabas untuk ikon bangsa Malaysia, LCW ! Sebenarnya, anda lebih daripada sebutir pingat emas. Kami berharap agar anda dapat menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang di kejohanan dunia yang akan datang. Selamat maju jaya !