Malam ini, saya menghadiri perkahwinan anak mantan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A Nazri Abdullah (DANA) di sebuah hotel di Subang.
Ramai yang hadir termasuk AI, KI, ZAM, AKJ, YS, AAT, SS (Sasterawan Negara), HH, MKS, MI, MO, ALI, YUSOF, FA, RRaflis, RRasul, SHUKUR HARUN, DH, MA, AO, RD, FO, KA, SDurja, WRWM dan rakan lain.
Seperti biasa, DANA suka membuat jenaka ketika berucap.
Tetapi beliau sempat memberitahu hadirin mengenai kajian mengenai kedudukan tidur suami isteri.
Dalam tempoh lima tahun, suami isteri akan tidur di mana hidung bertemu hidung.
Lima tahun kemudian bahu bertemu bahu.
Lima tahun seterusnya belakang bertemu belakang.
Selepas itu tiada kajian dibuat kerana pelbagai misteri yang tidak terungkai.
Namun, DANA menyebut bahawa apabila sudah tua suami lebih romantis kerana ketika itulah beliau mengharapkan isteri akan mengurut kepala, badan dan segala-galanya.
Adakalanya isteri yang bertugas sebagai seorang doktor bertukar menjadi tukang urut.
Anda bagaimana? Anda tidur dalam kedudukan macam mana?
Saturday, August 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Sdr Ibrahim,
Kajian tu hampir semua betul,kecuali belum sempat tua ada orang cari tukang urut dari seberang,pak.
Kelaziman bermula dengan tiga prinsip berurutan dengan usia:
Usia dremaja: 'Pandangan' hidup - memandang sahaja, sudahpun 'hidup'
Usia dewasa: 'Pegangan' hidup - kena pegang baru 'hidup' dan akhirnya
Usia tua: 'Usaha' hidup - kena berusaha untuk 'hidupkan'
Dalam tahap umur kita sekarang, bersuami isteri, di manakah prinsip kita, di situ jadi pengukur 'semangat' kita ber isteri.
Ada orang sudah lama berkahwin tetapi masih mempunyai prinsip 'pandangan' hidup. Alhamdulillah.
salam ahad,
kata-kata DANA itu memang terbukti ada kebenarannya.namun cara posisi tidur bukanlah kayu pengukur untuk menilai sejauh mana atau sedalam mana cinta suami kepada isteri begitu juga sebaliknya.
MENTADAK MENTADU MACAM MANA DIY DAN PASANGAN TIDO?HUHUHUHU.....gurau jer tok.Awang sentiasa tido memeluk isteri tetapi sekarang anak kecik tak bagi lah,hehehehe.
Sdr Bung Karno,
Cari tukang urut kaki tidak apa pak. Itu namanya refleksologi. Jangan cari tukang urut selain dari kaki. Itu namanya refleksekslogi. Itu yang bahaya dan akan memusnahkan hidup yang bahagia pak. Minta dijauhkan kita daripada gejala yang tidak baik itu. Lelaki, lelaki juga. Jangan jadi lelaki yang tidak berguna.
Sdr Kluangman,
Pandangan hidup yang perlu dipegang selalu.
Kehidupan yang ditagih ialah kehidupan yang tahan lama dan bahagia. Bukan sekejap saja, sudah bercerai dan pasti membosankan.
Kita perlu menjaga kehidupan yang baik sehingga tua agar pasangan kita sentiasa tersenyum dan gembira.
Sdr Awang,
Apa nak jadi pun, kita mesti tidur bersama. Ada kawan memberitahu saya sahabatnya selalu tidur keseorangan kerana pasangannya tidur dengan anak-anak. Lama kelamaan, sahabat itu buka dua cawangan lain. Jangan cari nahas.
Saya. Rahsia. Macam rimau kot?
Tapi masa kursus kahwin, tak diajar bab urut mengurut ni. Cuma bab al-Fatihah dan mandi junub je...
Post a Comment