Tuesday, August 12, 2008

JANGAN BUAT CADANGAN BODOH



Cadangan MB Selangor dibantah oleh pelajar UITM.

Hari ini, pelajar UITM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran (tidak tahu berapa ramai) di padang kawad UITM bagi membantah cadangan MB Selangor agar 10 peratus kemasukan UITM dibuka kepada bukan Bumiputera.

Ada juga yang memberi cadangan akan terus berarak ke Bangunan SUK untuk membuat bantahan terhadap cadangan yang "tidak begitu cerdik" itu. Ini kerana jika alasan untuk mewujudkan saingan itu diberikan, maka selama ini seolah-olah pelajar UITM tidak berkualiti kerana bersaing sesama sendiri.

Tolonglah fikir secara bijak. Kamu Menteri Besar bukannya pekerja buruh di Ladang Guthrie. Mereka pun lagi bijak dan ramai daripada mereka memilih BN.

Tidak seperti sesetengah pensyarah dan pelajar IPTA dan IPTS yang sudah tersalah pilih parti pembangkang. Malah mereka pulang ke kampung memujuk saudara mara dan keluarga menolak BN. Sekarang siapa yang menyesal?

Pelajar yang berarak itu akan memakai pakaian hitam.

Siapa yang mati?

44 comments:

Razlan said...

Tok Rimau ...

SAMARATA .. ADIL .. SAKSAMA ..

Itu lah PKR, PAS DAN DAP ..

Lagi-lagi orang melayu yang menjadi CHAMPION mengadai HAK ORANG MELAYU... ORANG DAP .. TEPUK TANGAN ...

Mereka Senyum .. kita dok berkelahi sesama kita ..

Yang peliknya .. dulu pun ada MENTERI UMNO buka MRSM kepada bukan Bumiputra ...

APA nak jadi dengan MELAYU sekarang ...

DOK sibuk POLITIK sampai 2 perkara yang diperjuangkan semasa merdeka tidak dipelihara ...

Ayuh Pelajar UITM .. kalau hari ini orang-orang TUA Melayu sudah tidak tahu untuk menjaga Hak kita .. Sudah masanya untuk ORANG MUDA bangkit dan mempertahankan Apa yang sepatutnya dipertahankan ..

Mungkin orang-orang TUA ni dah nyakyuk di ulek kemewahan DUNIA sampai LUPA anak CUCU nak MAKAN APA ...

Jebat BerTUAH said...

Apa salahnya dibuka???

Adakah Bangsa Melayu yang pernah memerintah nusantara dulu sudah jadi bangsa yang pengecut dan takut akan saingan...sekadar ingin menjadi Jaguh Kampung atau Katak Dalam Tempurung??

Semasa Jebat berTUAH di PPP/UiTM dulu pun ada rakan bangsa lain...7-8 orang Cina dan seorang India. Boleh bertukar pendapat. Depa ni selalu ada di library tatkala anak Melayu berada di tempat snooker, tengok TV atau keluar dating. Yang tergelaknya, bila nyanyi lagu "...anak kecil main api..." depa pun nyanyi sekali!!!

Sedangkan Nabi kita sendiri menjemput bangsa lain dan ugama lain supaya umatnya boleh belajar.

Adakah minda melayu dah menjadi begitu kolot???

Anonymous said...

Salam Dato'
Memang cadangan MB Selangor tu agak bodoh. Yang paling ketara sekarang ialah, tindakan beliau itu adalah tindakan terdesak untuk terus mendapatkan sokongan daripada bukan Melayu. Itulah susahnya bila Pemimpin Pakatan dah tabur janji manis pada bangsa bukan Melayu. Sekarang ni bangsa Melayu sendiri akan terus mundur.

UiTM seperti yang kita tahu adalah sebuah universiti yang menggunakan nama MARA yang merujuk kepada Melayu dan bumiputera dimana salah satu sebab penubuhannya adalah untuk membantu bangsa Melayu dan bumiputera untuk mendapatkan pendidikan lanjutan setelah tamat persekolahan. Malah ia juga merupakan sebuah universiti yang menawarkan bayaran yuran yang rendah berbanding universiti lain. Ia memberi ruang kepada anak golongan yang berpendapatan rendah untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

Adalah tidak wajar jika kuota 10% diberi kepada bukan Melayu.

Anonymous said...

sebenarnya saingan masih wujud dikalangan pelajar-pelajar UITM.masih ramai lagi yang memohon untuk belajar di Uitm tapi telah ditolak.maknanya jika cadangan untuk 10 peratus kemasukan kepada bukan Bumiputera maka akan wujudlah lagi persaingan yang lagi sengit.

tapi kalau dilihat dari sudut lain,saingan yang wujud akan menyebabkan wujudnya graduan-graduan yang jauh lebih berkualiti.

tapi kaum bukan bumiputera jika tidak dapat belajar di Uitm mereka masih boleh lagi belajar di banyak lagi universiti-universiti di sekitar Malaysia.

Anonymous said...

Alahai MB Selangor,
Cakap pun macam orang kena down syndrom, itu yang korang nak layan.
besok-besok entah apa lagi yang dia nak buat, masa kempen di IJOK, dia kempen untuk diri dia sendiri, tersasul suruh orang sokong BN...ni nak ajar anak murid kencing berlari le ni.
sdr.razlan,
SAMARATA,ADIL,SAKSAMA, tu apa bendenye tu...PKR tu apa yang samarata(ada tok lebai,sami) adil (bekas-bekas banduan)saksama(DAP ngan PAS..nak di saksamakan.??? Hmmm....terpelanting topi kopiah tok lebai kelate tu jiko di soksamokan dengan karpal/lim kit siang...

tandubas-lady said...

hmmm... memang sah MB selangor nih pekerja buruh kat ladang guthrie. dia nak budak melayu ramai-ramai join sekali keja dengan dia kat ladang tu!!

Tinta Biru said...

Baru jadi menteri dah tunjuk hero,

Razlan said...

salam tok rimau ...

tak ada hati ke nak letak link ke laman blog saya ... razlans.blogspot.com

kalau tok rimau sudi .. letak laa link under "Anak Muda" ..


** Tak perlu publish this comment ..

tq

bungaraya said...

Salam Rimau..
Dimana semangat melayu jati kita kalau hak kita nak diberikan kepada bangsa lain?.
Saya menyokong perhimpunan yang dibuat oleh Penuntut UITM itu dan saya ialah ahli UMNO bernombor oooooooo1641.

Semua orang melayu mesti ingat bahawa UITM itu ditubuhkan oleh UMNO suatu ketika dulu, bermatlamat meramaikan anak-anak melayu/Bumiputera yang berpendidikan tinggi. Dan sekarang kita sedikit sebanyak telah mencapai matlamat tersebut. Tiba-tiba MB Selangor ( Pemimpin Melayu sendiri ) yang membuat cadangan agar diperuntukkan sedikit hak kita ini kepada bangsa lain. Tidak bengangkah kita mendengar cadangan demikian?

Yang tak bengang tu perlu buka hati dan minda mereka.

ketam said...

Untuk makluman tolong semak sejarah ,MENTERI UMNO yang buka MRSM utk org bukan MELAYU adalah PENASIHAT AGONG PKR Anwar ..dan lihatlah sekarang budak suruhannya pun ikut sama nak suruh UiTM ikut macam BOS dia buat

Gagak di Rimba said...

Kalau yang nak buka UITM kpada pelajar bukan Melayu tu orang kuat UMNO (misalnya PM atau menteri pelajaran) tentu orang Melayu, khasnya orang UMNO dan media arus perdana akan menyokong keputusan itu 200%.

Pelbagai hujah, yang logik dan tidak logik, mungkin akan dicari untuk menyokong keputusan tersebut.

Dahulu MSRM sudah dibuka kepada pelajar bukan Melayu. Adakah orang UMNO yang menentangnya?

Apalagi kalau nak buka UITM kepada pelajar bukan Melayu itu pada zaman Mahathir sedang berkuasa dahulu, dan Mahahir pula yang mencadangkannya. Tentu semua orang Melayu terhangguh-hangguk menyokong keputusan beliau dan menyanjung kebagusan cadangan beliau!

Akan tetapi sekarang , oleh kerana yang membuat cadangan itu ialah MB Selangor dari PKR atau parti pembangkang, maka banyaklah orang Melayu (khasnya orang UMNO dan kroni UMNO) yang berkokok menentang cadangan tersebut.

Mereka tak sedar agaknya selama ini sudah banyak hak orang Melayu (termasuk tanah dan kawasan pengundi yang majoritinya Melayu) diserahkan oleh UMNO kepada orang bukan Melayu. Kenapa tak tentang?

Tak ada yang luar biasa dalam hal ini. Memang orang Melayu hanya pandai bergaduh sahaja!

bungaraya said...

Salam semelayu..
Hai MB Selangor...

Sedarlah engkau...
Awak tu bersunat....
Ada jaminankah nak bagi tanah dinegara besar sana...
Yang tengah bersukan olimpik tu...

Janganlah mudah lupa daratan..
Dulu nak buat ladang babiiiii...
Kenapa sekarang ada yang lain lagi.
Tidak sedarkah orang melayu akan rugi!!
Siapalagi yang berjuang untuk bangsa kita ni?

Anuar yang suruh kah ni?..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kalau kuota dibuka untuk bukan melayu, bukan ada effect pun, tengok keadaan sekarang ini. Siapa yang menghuni ipts sekarang? orang melayu dah macam lagi minat untuk belajar dalam ipts. Kalau dibuka pada uitm, habis semua cina pergi sana; mana tidaknya pembelajaran yang murah dan dibiayai oleh kerajaan, manfaat pun banyak. Itu baru kira bangsa, belum masuk jantina lagi.

Kalau begini prosesnya, alamatnya lelaki melayu belajar selepas ini belajar di politeknik, dan kosmopoint sajalah yang terdiri daripada Ipts. Bukan nak perli bangsa sendiri, tapi nak menyedarkan pihak tertentuxsupaya rajin menuntut ilmu, jangan mengharapkan orang menyuapkan nasi di mulut sahaja.

Anonymous said...

Salam,

Setakat pelajar je yang pergi tunjuk perasaan, buat apa. Mana dia wakil pentadbiran dan akademik? Pergi la buat dialog ke, perbincangan ke, apa ke... Ni yang student pulak terhegeh-hegeh tunjuk perasaan. Nanti tak pasal pasal kena tembak meriam air. Tidak pun nak kena gantung pengajian atau lebih teruk kena buang dari IPT tersebut !!!

Tiada kepastian kenapa bekas orang guthrie boleh bagi idea semacam tu. Sebelum ni sibuk nak naikkan ladang babi, ni pulak nak bagi kuota 10%. Ada maksud tersirat ke?

-Pemerhati

Anonymous said...

Akum buat dato dan semua...

Kepada Tan Sri MB Selangor.....

Ingat UiTM bukan sebarangan tempat yang boleh dijolok tanpa usul periksa.....sebagai bekas graduan yang dilahirkan oleh UiTM,saya mengecam keras cadangan MB yang nyata semakin terdesak dengan polimik politiknya.....

Himpunan pelajar di padang kawad meberikan jawapan kepada cadangan tersebut!

Ingat! Bahaya tu wahai MB yang dah kaya raya dengan duit kerajaan sebelum ini.

ysnizam said...

Aku setuju..
orang2 TUA nie mmg dah nyanok..

Memang dieorg LUPA akan generasi seterusnya..

terubuk jantan said...

pukul berapa tok saya nak turun.....WAWASAN SETIA PELAJAR

Fauziah Ismail said...

Salam Tiger
I'm currently reading a book on Tan Sri Arshad Ayub, the man who was handpicked by the late Tun Abdul Razak to manage ITM.
I wonder what he thinks of Tan Sri Khalid Ibrahim's proposal, given that the agenda for bumiputeras had been clearly spelt out for ITM.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tok Rimau,

Saya berbangga menjadi pelajar UiTM. Saingan kami sihat & sengit. Saya produk UiTM yg tiada masalah dlm mencari pekerjaan. Lepas konvo, terus kerja. Jika kualiti yang dipertikaikan, mengapa beberapa rakan saya dari universiti2 lain (yg ada bukan Melayu, yg patutnya tinggi saingan) ada yg masih menganggur setelah bertahun2 grad? Ada yg dapat kerja tetapi bukan dalam bidang yg dipelajari. Soal rezeki lain ceritalah.

Journal2 penyelidikan kami juga diiktiraf di peringkat dunia. UiTM terbukti telah berjaya menghasilkan tokoh2 korporat yg disegani, ahli akademik yang berwibawa & pelajar2 yang berkualiti (seperti saya - masuk bakul angkat sendiri, boleh tak?).

Cuma saya rasa MB Selangor ni terlupa yg dia tu berbangsa Melayu, anak Melayu, tinggal di Tanah Melayu. Siapa lagi yg nak bela bangsa kita kalau bukan orang Melayu kita sendiri. Kalaupun terdesak nak memancing undi kaum lain, jgnlah sampai maruah bangsa sendiri tergadai... kan Tok?

Wassalam.

Jiwa Merdeka said...

Saya tidak mahu mengatakan TS Khalid bodoh atau pandai. Tapi kalau beliau seorang yang bijak, beliau sepatutnya berhati-hati dan tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang merugikan diri dan parti beliau.

Dengan menyatakan beliau mahu mahu UITM dibuka kepada pelajar bukan Melayu (walaupun hanya 10%) beliau mungkin boleh menarik sokongan sebahagian orang bukan Melayu.

Akan tetapi, mungkin majoriti orang Melayu tidak menyetujui tindakan beliau, dan menarik sokongan mereka daripada PKR.

Jadi ada kemungkinan beliau hanya untung sekarung, tapi rugi seguni!

sumandak bayu said...

Saya tak paham dengan MB Selangor nak dapat publisiti murahan ja... agak-agak lah 52 tahun UITYM dah wujud di negara kita.

Ramai tokoh negara lahir daripada UITM dalam pelbagai jurusan. Dalam 52 tahun ni juga mereka tak ubah falsafah dan objketif UITM.

10 peratus kouta dibuka kepada bukan Bumiputera satu cadangan yang tidak bijak sebagai pemerintah negeri.

Kalo nak juga desak UITM buka kouta saya nak juga tengok apa MB Selangor dah buat kat Selangor setakat ni yang dok pejuang nasib pelajar.

Dah lah kalo nak setakat dapat sokongan rakyat dengan isu macam ni baik renungkan diri dulu. Kontrak sosial dah dibentuk sejak 1956 jadi akur jalah MB SELANGOR.
http://www.sumandakbayu.blogspot.com

MAWAR BERDURI said...

Bagus jugek cadangan tandubas -lady 2! lebih baik lagi kalau di kerahkan penyokong-penyokong menteri besar sgor keja di ladang2 gutrie sekaligus beramai2 tanpa kompromi...heh

Anonymous said...

Itulah bahananya jika dibiaqkan PKR memerintah. Masa pilihanraya hari tu, gatai pi undi depa pasai apa? La ni, siapa yang salah? MB Selangoq ka atau pengundi-pengundi di Selangoq ka?

Anonymous said...

Pertahankan. terus pertahankan. Sudah 50 tahun merdeka pun Melayu masih ditakuk ini dan para pemimpuin UMNO bersetuju saja sendiri sudah kenyang. Anak bangsa lulusan UITM bila sudah habis belajar nanti barulah fikirklan soal persaingan dan ketika itu bangsa lain sudah jauh di depan. Bukan tidak berterima kasih pada UMNO tapi ia meletakkan kami di takuk sama.

- anak rimau

Akar Umbi said...

Mlm tadi terima SMS dari anak:
"Perhimpunan UITM Di Hatiku, pada 12/8/08, di padang kawad jam 7.00. Pakaian hitam"

Tengahari follow-up utk dptkan perkembangan:
"Camana p'himpunan?"

Dia jawab:
"Best2, mungkin kuar tv, ha ha ha"

Dalam hati aku:
"Aku ingatkan penuh semangat pergi menyokong, rupanya kau saja nak seronok2 dan suka2. Hai remaja...."

Anonymous said...

...Amboi bila MRSM di buka kuota 10% dan dicadangkan oleh BN, mana pergi Melayu ni...ngapa takdak bantahan.

Jangan pilih bulu la...10% tak jadi apa. Kejayaan Malaysia terletak kepada rakyat Malaysia termasuk Melayu, Cina, India dll.

Jangan dok dalam kepompong Melayu ajer...keluar sikit brader.

EXIPTS

Anonymous said...

Uitm adalah universiti terbesar di MALAYSIA. Dan antara yang terbesar dari segi jumlah pelajar di dunia.

Uitm ni sebenarnya universiti melayu.

Matlamatnya khas untuk orang melayu.

Agendanya khas utntuk orang Melayu.

Orang melayu tak sibuk nak masuk ke TAR, kenapa pula ada Melayu sibuk nak bagi orang lain masuk UiTM?

Universiti lain banyak lagi : USM, UKM, UPM, UTM, UMS dan banyak lagi. pilihlah...

UiTM adalah satu-satunya institusi pengajian khas untuk Melayu - yang ni pun nak jugak ke tuan MB?

Nanti ada pula kumpulan2 kecil macam BarCouncil dalam Uitm. porak poranda namanya.

aff said...

nasib baik perhimpunan haram tu menyebelahi umno. kalau tak dah habis kena angkut dek fru. Sekarang student IPTA boleh buat perhimpunan haram. "Budaya kita..."

tok janggut said...

Salam,

Tak salah kalau kita nakkan keadilan dan keadilan inilah yang diperjaungkan oleh PKR. Kalau nak lagi adil kita kena kira jumlah penduduk bumi, Cina dan India, kemudian peratusnya dijumlahkan kepada pelajar. Kalau bumi 60%, Cina 30% dan India10%, maka komposisi pelajar pun harus seperti itu. Ni baru adil.

Kepada semua, pilihlah sama ada kita nakkan keadilan atau keamanan. Keadilan tak semestinya boleh membawa keamanan, tapi keamanan boleh membawa kepada keadilan. Saya rasa.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger
ini sebenarnya hanyalah utk political mileage si khaled nih, dia mungkin hebat jd bos di sana sini dulu dalam dunia coparat yg mengutamakan untung rugi tetapi dalam perjuangan politik dan kepentingan rakyat dia tidaklah paham sangat nampaknya, kan byk lagi yg boleh diperjuangkan utk org ramai selain dari beef valley di sepang dan uitm.(ni perjuangan ni tok)
dalam pemberian kuota 10% MRSM dah menunjukkan yang kita terbuka dalam sistem pembelajaran terhadap semua kaum, yang menghairankan kenapa pula isu2 utk kaum lain sahaja yang dibangkitkan sedangkan utk kepentingan orang melayu dia takut untuk bersuara
adakah dia seorang penakut tok...
adakah dengan membuka kemasukan kepada kaum lain dapat menjamin apa2 sedangkan di selangor sendiri banyak lagi universiti2 lain dia ni tau ke tatau nih tok...pegila semak dulu taraf pencapaian di universiti lain2 dulu sebelum buat sesuatu cadangan, jangan jadi lembu dicucuk hidung

anakrimaumalaya said...

assalamualaikum wbt sahabat2 ku...

Isu HAK yang kita bangkitan ini semua adalah pinjaman yang diberikan oleh Allah swt sahaja.

Sebenarnya kita semua tiada hak langsung dibumi ini. Semuanya kepunyaan Allah swt.

Kenapa perlu kena tamak, kenapa perlu takut dan kenapa tak boleh dikongsi sedikit (10% aje).
Inikan perkongsian sihat ianya berkaitan ilmu.

Agree dengan JEBAT...;

( Semasa Jebat berTUAH di PPP/UiTM dulu pun ada rakan bangsa lain...7-8 orang Cina dan seorang India. Boleh bertukar pendapat. Depa ni selalu ada di library tatkala anak Melayu berada di tempat snooker, tengok TV atau keluar dating. Yang tergelaknya, bila nyanyi lagu "...anak kecil main api..." depa pun nyanyi sekali!!! )

sebab semasa saya buat post basic di HUKM dulu pun inilah penyakit atau kudis yang menghidap Medical Student kita disana. Asal selesai kuliah dan buat sedikit praktikal kat hospital dah mula balik asrama dan bersiap untuk merangkak nak p merempat kat bandar. berfoya foya alasan tension...buang masa dan buang duit kerajaan serta ibu bapak.

sedang anak cina,india dan bangsa lain masih lagi duduk di A&E (Accident & Emergency) sehingga larut malam untuk mempraktikalkan apa yang iajar oleh pensyarah agar menjadikan yang terbaik dan mahir pada masa depan bila bergelar Dr.
mereka balik ke asrama untuk mandi dan makan sahaja.

dari sudut penampilan dan sikap anak bangsa kita suka bergaya dan berlagak. seolah olah mereka dah jadi pakar. dari sudut berpakaian dan perangai. padahal belum tentu lulus tu. itulah penyebabnya dihujung sesi pemelajaran mereka, yang ranking terbaik cth top 10 kebanyakkannya bukan dari anak melayu sebab mereka tak sanggup nak berkorban, asyik dok berpegang pada prinsip yang boleh di anggap sebagai SYNDROME JANJI LULUS.

Kalau diluluskan lah isu ini mahu mengelepur lah pelajar melayu. sebab mereka takut nak bersaing dan pakat dapat ranking ke 50 kebawah lah yang ramai.

Bukan nak merendahkan bangsa sendiri tapi itulah hakikatnya.

Nabi Muhammad saw bersabda;

"Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China."

beliau perintahkan kita agar berkongsi ilmu bukan dok sibuk fikir hak aku...hak aku...hak aku...

bilalah melayu nak maju kalau macam nie. kalau kita berkongsi tak perlu banyak sedikit pun ok (10%) ada yang kita boleh dapat dari mereka.

Jangan dok kumpul untuk makan belacan bersama, sesekali cuba makan kari or dim sum (yang halal).
baru kita boleh rasa kelazatannya.
mereka ada kelebihan kenapa kita tak nak belajar dari mereka dan mereka belajar dengan kita.
itulah cara menuntut ilmu cara yang harmoni dan menyeronokkan.


untuk sahabat2 ku mari kita dapatkan ilmu di...

http://anakrimaumalaya21.blogspot.com

salamun qaulam minrabirrahim.

Bung Karno said...

Kalau dah Melayu yang punya, bangsa lain tak mintak,
bangsa lain tak ungkit,
bangsa lain tak heran,
bangsa lain tak niat pun nak bagi apa yang mereka punyai,

kenapa bodoh sangat nak offer ?

Ingat bapak Khalid tu ke yang rancang UiTM ?

KENAPA BAHLOL NYA SI KHALID IBRAHIM TU ?

Cukup lah dengan LADANG BABI dan babi-babi nya.

Quantum Metal Consultant said...

Sikit sikit berarak, berdemo..kalau ini dilakukan oleh bukan Melayu, kira logik lah jugak, tapi ini dilakukan oleh orang melayu di bumi sendiri ketika orang melayu masih berkuasa.. apa maksudnya semua ini? Itu bukan berarak, mebantah atau berdemo namanya..itu kira taraf 'pengemis mengemis dibumi sendiri..

Samalah seperti menyerbu bangunan bar council, kenapa itu perlu dilakukan oleh 'kita', di mana kerajaan dan pemerintah yang seharusnya menjaga perlembagaan persekutuan ? apakah mereka tidak mengamal dan menghayati rukunegara ??

Amat malang bangsa melayu ini..

epain said...

relek...

tu baru cadangan...bukan dia yg buat keputusan pun...

pasal bab cadangan ni..bukan ke dah lama dulu pernah dibangkitkan?...nape tak kecoh sampai berarak ke SUK?....

isy isy...si pelajar ni pun...tak de kelas ke?...ke VC bagi kebenaran berarak beramai ramai?....jgn kasi malu UiTM oooo...aku pun ex student UiTM gak...

cuba bayangkan...menteri pengajian tinggi yg cadangkan?...mcm mana?...sy rasa paling tidak pun...akan ada perbincangan "ilmiah"...tak sampai nak berdemo...

pengabisannya...bukannya khalid ibrahim ada kuasa pun....nape isu kuota MRSM takde org nak buat "perarakan?....bukan ke MRSM pun hak mutlak org melayu/bumiputra?....

Anonymous said...

54 Cambodians win Chinese government scholarship(Xinhua)
Updated: 2008-08-12 13:50 Comments(0) PrintMailPHNOM PENH -- The Chinese embassy here on Tuesday handed over admission notices to 54 Cambodian winners of the Chinese government Scholarship for the academic year 2008-2009.

The winners are recommended by different ministries and institutions, and they are awarded the scholarships after rounds of strict selections, said a press release issued by the Chinese embassy.

All of them, including 21 bachelor's degree candidates, 29 master's degree candidates, two general scholars and two doctor's degree candidates, will register in their universities in early September, making the total number of Cambodian students staying in China in academic year 2008-2009 reaching 80, it said.

The scholarships for the 54 winners all fall into the category of Chinese government Scholarship, which is provided to outstanding Cambodian youths annually and include tuition fee, fee for accommodation and study materials, as well as a monthly living allowance, it added.

The Chinese government cares for study and life of the foreign students, Zhang Jinfeng, Chinese Ambassador to Cambodia, said at the handover ceremony held in the Royal University of Phnom Penh ( RUPP).

From January 2008, the living allowance for foreign students has been increased in an overall manner, she added.

Meanwhile, the Chinese embassy Tuesday also donated more than 1, 000 books, magazines and CDs to the library of RUPP.
_______________________________

Sdr Ibrahim,

So is this the meaning of "Tanah Melayu, Ketuanan Cina"??

So where do the Malays stand as compare to the Cambodians, after 50years of independence and more than 30 years of NEP?

Tell me now, are you or are you not a product of NEP, a product creation from the Western colony power-England&USA?

daddy-wafiah said...

Salam bro Tiger,
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.
Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum. Walaupun ada segelintir pelajar melayu menyokong pembangkang oleh kerana terpengaruh dengan janji manis dan pembohongan Anwar, mereka tetap mempertahankan hak melayu dan bumiputra yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.
Kerana hak untuk mengemukakan cadangan sedemikian hanya boleh dibuat oleh mereka yang mempunyai kaitan langsung dengan pentadbiran universiti itu.
Janganlah kerana hendak meraih undi kaum lain, sanggup menjual hak melayu sendiri, sedarlah wahai insan yang alpa.

Anonymous said...

Si Khalid ni pun satu, nak glamor punya pasal pergi cakap benda2 macam tu. Dah takda isu lah tu. Duduk diam2 dah la. Dia tahu kalau dia cakap macam tu, takkan jadi apa2 jugak. Ni semua nak meraih sokongan golongan bukan bumiputera la tu. Kalau betul nak cadangkan benda macam tu, cadang senyap2 je, baru nampak keikhlasan. Semua ni nak glamor dikalangan bukan bumiputera je.

Anonymous said...

Salam ,

Nampaknya UITM adalah hanya satu universiti untuk kaum 100% Melayu di dunia ini.
Tidak ada universiti lain di dunia untuk satu kaum....boleh masuk guiness record.
Hidup Melayu
Rahman

Anonymous said...

the history -
http://www.uitm.edu.my/uitm/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=143

the background - http://www.uitm.edu.my/uitm/index.php?option=com_content&task=view&id=20&Itemid=138

the Philosophy,Mission,Vision,Objectives - http://www.uitm.edu.my/uitm/index.php?option=com_content&task=view&id=66&Itemid=139

read and browse what UITM is all about then we can make up our own opinion.dont just utter something based from what other people is saying.

Anonymous said...

how come my comments on the wrong doing not published? apa la .. be fair la ...

Anonymous said...

UiTM utk Melayu
matlamat khas utk Melayu
agenda khas utk Melayu....
tapi pakai duit rakyat Malaysia..kenapa tak belanja duit org2 Melayu aje????
ptui

MARA..majlis amanah rakyat(melayu,cina,india dll)bukannya
MARE..majlis amanah melayu

mCrossings said...

0% untuk bukan bumiputera.

maka 10% pelajar bumiputera akan terlepas peluang ke universiti.

Jumlah pelajar Uitm melebihi 100,000. maka ini bermakna, lebih 10,000 anak melayu terlepas peluang.

10,000 dah macam satu universiti. banyak tu..

Ini bukan isu persaingan.

Graduan Uitm adalah antara yang paling dikehendaki di Malaysia.

Anonymous said...

Dear all,
Buat la satu undian sape yg sokong cadangan TS Khalid. Kebanyakan menyokong cadangan itu..
Please think about AFTA/FTA/Globalisation..ramai melayu dh hidup di luar malaysia bercampur gaul dengan orang bukan melayu. Pikir2 kan la..lagi pun duit kerajaan membantu UITM datang dari melayu dan bukan melayu. So, sekarang kite tinggal di Malaysia dan bukan tanah melayu. Yang tinggal hanya lah keratapi tanah melayu(KTMB), yang segan dan mati tak mau. Pikir2 kan sekalian. Kata nak jadi manusia GLOKAL, dicuit sedikit dah melompat..bodohnye student..next job application from UITM..sure aku reject..stupid and weak student.

Anonymous said...

MMg betul pun lepasan UiTM tak berkualiti ... peratus terbanyak menggangur pun dari UiTM ..

Kalo buat survey, UiTM merupakan pilihan terakhir pelajar melayu pandai dan pilihan pertama pelajar melayu yg result teruk ...

Buat demo, nanti nak mintak keje korang jugak yg susah ... sedarlah sket company2 kat Malaysia ni dikuasai oleh mereka yg bukan Melayu ...

Nak keje ngan kerajaan?? Kerajaan pun pilih org jugak wehhh ... yg 3 pointer ke atas je boleh keje ngan kerajaan ...

Sebelum tu pun kene buat IQ test dan sebagainya ...

Khalid cuma bercakap pasal keterbukaan ... yg melatah tak tentu psal kenapa pulak?

MRSM dibuka dulu tak reti plak korang melatah? Mmg sah la korang ni macam lembu dicucuk hidung??

p/s: Baju hitam ada orang sponsor ker?