Saturday, August 30, 2008

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Esok, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 51.

Kemerdekaan ini pasti amat bermakna kepada kita semua. Terima kasih kepada pejuang kemerdekaan pelbagai bangsa. Untuk itu, kita harus mempertahankan kemerdekaan ini selama-lamanya. Jangan biar negara ini dijajah semula dalam apa bentuk sekalipun.

Renungilah sedutan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2009, semalam.

"Sesungguhnya, kestabilan politik negara wajib dipelihara secara bersama. Badan-badan politik, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan media mempunyai tanggungjawab bersama membina sebuah negara yang aman, damai, teguh lagi bersatu.

Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik. Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan setiap kita, malah menjejaskan kemakmuran negara.

Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran ekonomi negara.


Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini, dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak. Kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul untuk berterusan. Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran modal. Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan.

Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihan raya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi. Saya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan tugas-tugas mentadbir negara.


We need to get on with the business of governing and not waste any more time with opportunistic threats to seize the people’s mandate through undemocratic means, dengan izin.

Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama. Untuk ini, kerajaan memerlukan persefahaman dan peranan konstruktif semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berbeza fahaman politik.


Marilah kita bersama, dalam semangat satu bangsa satu negara, membangunkan tanah air tercinta ini serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Marilah kita bersatu membina sebuah negara-bangsa yang terus gemilang.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita. Semoga kebenaran mengatasi kepalsuan. Semoga negara kita dikekalkan aman sejahtera, dilimpahkan kemakmuran dan kebahagiaan. Semoga anak cucu kita dapat mewarisi sebuah negara yang aman lagi makmur. Semoga rakyat hidup bersatu dan maju. "

10 comments:

mn said...

Datuk,

1. Jika Politik itu bersih...sudah tentu kemerdekaan akan berkekalan.

2. Jika Demokrasi itu sihat...sudah pasti kemerdekaan itu akan dipertahankan.

3. Tetapi jika Politik dan Demokrasi itu tidak bersih dan tidak sihat, maka belum pasti kemerdekaan itu akan berkekalan.

Salman Madani said...

Salam,

Rakyat mungkin akan mendengar cakap Abdullah, kalau beliau dipandang tinggi oleh majoriti rakyat.Maksudnya beliau diihat oleh rakyat sebagai seorang pemimpin yang kuat, berwibawa dan berkarisme.

Tapi, kalau pandangan rakyat terhadap beliau adalah sebaliknya, saya kira sukar juga beliau hendak menarik perhatian rakyat.

Mungkin cakap beliau, walau berapa bernas sekalipun, akan merupakan angin lalu saja.

hasipin66 said...

Datuk salam merdeka MALAYsiaku tercinta,itulah hebatnya MELAYUsia.kami juga rumpun Melayu Anak Malaysia,hari ini genap 51 tahun Malaysia merdeka.kita semua bernaung di bumi bertuah ini,tanpa mengira fahaman politik dan agama.Hari ini kita lupakan seketika semua perbedaan itu,mari tadahkan kedua belah tangan ucap ALFATIHAH kepada pejuang agung BAPA KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN ALHAJ.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com
http://abe-mie.blogspot.com

kenapa perpaduan kini masih bergelombang di telinga kita sedangkan sudah lama kita mendidik generasi untuk menghayati rukun negara di peringkat sekolah tadika lagi?

GAGAL ke atau apa sebab?

Anonymous said...

Cakap sahaja tanpa tindakan atau tindakan tanpa kesan dan hangat hangat tahi ayam akan masuk angin keluar asap.

Kemerdekaan dari belenggu pemerintahan yg takut kepada bayang bayang.

Kemerdekaan dari rasuah, kroni dan salahguna kuasa dan wang. Itu namanya kemerdekaan.

Kemerdekaan dari penjajahan minda dengan propaganda yang menyatakan hanya dialah sahaja yg terbaik dari dulu...kini dan selamanya...Ini yg paling paling utama.

Kemerdekaan dari niat bila masuk satu parti itu dia akan terus menjadi hartawan atau kaya atau senang kata...nak kaya masuk parti itu...Ini yg wahidnya.

tintahitam

Andin Salleh said...

Salam,

Saya kira zaman kewujudan "satu parti dominan" ,iaitu UMNO, yang boleh menyatupadukan rakyat dan menjadi tumpuan majoriti rakyat, sudah berlalu.

Dan saya tidak pasti apakah UMNO boleh dipulihkan semula sehingga manjadi "parti utama" orang Melayu seperti pada masa dahulu.

Dalam keadaan yang demikian, jika UMNO ada hasrat untuk "bekerjasama" (misalnya bermuzakarah atau berkongsi kuasa dengan parti Melayu yang lain),maka ianya perlulah dilakukan dcngan ikhlas, dan bukan kerana berada dalam keadaan "tersepit".

Di samping itu, UMNO sebagai parti utama dalam BN yang memerintah kerajaan Pusat, patutlah bersikap "adil" kepada negeri-ngeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Misalnya tidak wajar projek pembangunan yang telah diluluskan di Pengkalan Kubur, Kelantan, dibatalkan, semata-mata kerana negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

Jika UMNO dan kerajaan Pusat tidak ikhlas dan tidak bersikap adil sebagaimana yang sepatutnya, apa yang dikatakan perpaduan mungkin akan tinggal sebagai retorik sahaja.

Anonymous said...

salam hari kemerdekaan ke 51..

bat8 said...

abe mie

Dalam soal perpaduan ni saya bawak satu ceritalah supaya kita faham mengapa masih menjadi satu yang elusif.

Kita ambilah bantuan baja kerajaan yang dibiayai dari budget tahunan kepada petani kat kampong-kampong.

Pertama baja tu ada cop lambang BN. Bila time pembahagian, ianya dilakukan oleh JKK yang kita tahu adalah orang-orang UMNO.

Kalaulah yang layak tak terima, yang tak layak macam mana nak ada perpaduan. Perpaduan atas dasar sayangkan negara perlu ada diperingkat asas lagi ia itu kampung.

Kalau dalam soal pembahagian baja ni, ketidakpuasan hati bukan sahaja dari penyokong pembangkang, sesama UMNo pun tak puas hati.

Ini baru pasal pembahagian baja kerajaan yang patut diterima semua yang layak tanpa mengira fahaman politik atau kaum. Perkara yang lebih besar tentunya lebih terok lagi!


Jadi renung-renunglah bila bercakap soal perpaduan, kesepakatan. Ia memerlukan perlbagai pihak bersikap ikhlas dan bukannya satu pihak sahaja.


bat8

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Masing-masing punya peranan dalam memastikan Malaysia terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Yang penting adalah PERPADUAN,
Peraduan semua bangsa melayu, india dan cina serta semua suku kaum Bumiputra Sabah dan Sarawak dalam memastikan KEDAULATAN NEGARA dan PERPADUAN KAUM akan terpelihara.

Anonymous said...

Salam Kemerdekaan semua....
Betulkah kita sudah merdeka???
Mencapai kemerdekaan itu lebih mudah dari mempertahankan kemerdekaan...! Apakah anda semua sanggup begadai nyawa untuk kemerdekaan negara ini??
Kita sudah merdeka, tapi masih ada lagi kumpulan-kumpulan yang kononnya berjuang untuk memerdekakan negara ini... siapa, dari siapa???
Entahlah....penat aku berfikir...baik lagi aku berzikir,banyak pahala..kurang dosa!!