Tuesday, August 19, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (15)

Nama Tan Sri P Ramlee timbul dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Pemula kata, kita sedekah Al-Fatihah kepada seniman negara ini. Amin.

Nama seniman agung ini, saya dengar ketika mendengar ceramah Datuk Nallakarupan, bekas rakan DSAI, pada 12 Ogos lalu.

Beliau berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim amat pandai berlakon.

Lebih hebat daripada TS P Ramlee. Menurutnya, jika TS P Ramlee masih hidup, beliau akan kalah kepada DSAI dari segi lakonan terbaik seluruh negara.

Datuk Nalla juga berkata, lakonan DSAI juga boleh mengalahkan pelakon Hollywood dan Bollywood.

Beliau yang beberapa kali menyebut "saya sembahyang punya orang" berharap rakyat Permatang Pauh tidak termakan dengan lakonan penasihat PKR itu kali ini.

"Kali ini, jika pengundi Permatang Pauh tidak memilih BN, saya tidak tahu bila lagi Tuhan Allah akan bantu penduduk di sini." katanya.

Nama seniman agung itu disebut sekali lagi. Kali ini, oleh calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Dalam laporan AgendaDaily, Datuk Arif Shah berkata, kalau Tan Sri P.Ramlee atau M.G.R (pelakon terkenal India) masih hidup, mereka pasti menangis melihat lakonan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu jawapan Datuk Arif Shah ketika ditanya Agendadaily mengapa ada rakyat masih percaya Penasihat PKR itu bakal jadi Perdana Menteri pada 16 September ini.

Katanya, di antara pekerja (wakil rakyat) dan pelakon, Anwar adalah pelakon yang terbaik.“Dia pandai buat cerita propaganda, fitnah serta janji-janji yang mengkhayalkan rakyat. Pada masa ini, ada yang rasa Anwar sedang dendangkan sesuatu yang enak tetapi tak jadi kenyataan,” ujarnya.

Al-Fatihah sekali lagi kepada Seniman Agung kita.

20 comments:

Anonymous said...

Datuk,

Saya pernah berkhidmat dengan Phileo Allied Bank, bank yang dimiliki oleh Tong Kooi Ong,fund manager Anwar. Tanyalah kepada Datuk Murad Khalid, bekas timbalan Gabenor Bank Negara, mengenai perilaku Anwar ataupun kepada Shasidar Taharin, bagaimana Anwar berlakun watak romantis.

Orang Penang kata Anwar pandai mengenyih...., nampak alim tetapi...

Kalau dia berani kerana benar, bersumpahlah saperti Saiful.

We know who Anwar is, bak kata Nala hanya maniam mengenal belakang Manikam.

Untuk pengundi Permatang Pauh...pandang-pandanglah belakang anda.

ketam said...

Anwar si pengkhianat bangsa Melayu dan Islam sekali lagi menghina dan memcerca bangsa Melayu sebagai bodoh. Sila baca artikel yang ditulis oleh RPK botak yang tiada otak dalam MalaysiaNoday mengenai kenyataan Anwar anak Ibrahim.

Siapa sebenarnya bodoh? Yang pasti ialah Anwar Ibrahim kerana dia masuk UM dulu dengan hanya mendapat 1 prinsipal sahaja. Walaupun Anwar ini bodoh tetapi kerana hak keistimewaan Melayu, dia dapat juga masuk UM walaupun hanya dapat mengikuti kursus yang paling mudah di UM iaitu Pengajian Melayu. Walaupun mengikuti kursus yang mudah, kerana kebodohannya, Anwar tetap gagal pada tahun pertama.

Sekali lagi kerana hak keistimewaan Melayu, Anwar diberi peluang untuk “repeat’ di UM. Tetapi, pada hari ini Anwar anak Ibrahim ini begitu lantang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu yang pernah membantunya mendapatkan segulung ijazah yang sekadar “General Degree” iaitu ijazah paling rendah tarafnya kerana kebodohan Anwar. Jika tidak Anwar anak Ibrahim ini hanya seorang lepasan STPM sahaja. Manusia yang mungkin menjadi pemandu kereta taukeh-taukeh bukan Melayu.

Jika dia tidak dapat masuk UM kerana hak keistimewaan Melayu, maka dia tidak dapat menjadi wakil pelajar dan dikenali ramai termasuk oleh Tun Mahathir yang mengangkatnya naik menjadi seorang pemimpin. Tetapi, hari ini kita melihat si tanggang bodoh bernama Anwar anak Ibrahim ini sanggup menghina dan mengkeji bangsa Melayu Islam semata-mata inginkan kuasa dunia.

Anonymous said...

Datuk, da nampak sangat da ni. Kalau kawan sendiri pun bercakap macam tu, tidak boleh dinafikan lagilah.

Jadi ANWAR adalah pelakon terbaik dalam dunia politik. Maka kita tidak boleh terumpan dengan lakonan politik beliau.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kenapa P.ramlee nak menangis? Dia lagi kagum sebab Anwar boleh berlakon hebat daripadanya.

jom lawat blog abe MIE nak tahu pasal ulama terbilang-GUS DUR WAHID, presiden Indonesia SERBA-SERBI NAMPAK JELAS.

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Nampak semakin menarik kempen-kempen di P.P denagn nama seniman agung kita turut disebut.Moral daripada cerita ini ialah sekiranya hasil karya seseorang itu baik pastinya ramai akan menjadikan ia sebagai contoh tidak kira bangsa tetapi jika sebaliknya orang nak bercakap pun malas..Dato begitu juga dengan wakil rakyat jika baik mutu perkhidmatannya walau dilanda gelombang tsunami politik tetap menang contohnya D.A.S.O...Steady beb!!.

P/S: Dimalaya pada waktu itu dunia hanya kenal 2 individu iaitu Tunku Abdul Rahman dan P.Ramlee(sumber daridialog bersama "veteran politik" bila ceita tentang suasana politik era tersebut.

mat_terab said...

Bagi aku berlaku pun berlaku la tak payah orang-orang umno nak Gelabah puyuh...
Dah berapa kali naji dan Pak lah cuba Nafikan....
Aku tengok dah berapa bulan dah UMNO dok mainkan kata isu ni nampak sangat gelabag puyuh.....
yang penting kita tunggu dan lihat 16 sept ni......

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Sdr sudah menyatakan pandangan dan pengalaman berhubung isu yang dibincangkan. Terpulanglah kepada pembaca blog ini untuk mengupas dan memberi pandangan mereka terhadap apa yang diutarakan. Mungkin ramai lagi yang mempunyai pengalaman tetapi hanya mahu menyimpannya. Takpelah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ketam,

Dalam politik, "character assassination" bukanlah satu tindakan politik terbaik kerana dunia politik itu sentiasa berubah dan bergolak di mana pemimpin datang dan pergi.

Oleh itu, saya yakin UMNO tidak akan menggunakan kaedah CA itu kerana apa yang mereka hadapi bukanlah individu saja tetapi PKR, parti yang tidak memperjuangkan nasib agama dan bangsa. Mereka sebenarnya memperjuangkan Malaysian Malaysia yang amat dekat dengan DAP. Ini sebabnya ramai rakan Melayu DSAI keluar meninggalkannya termasuk Ezam Nor. Menjadi tugas UMNO untuk menyedarkan bangsa Melayu mengenai perkara ini.

MAWAR BERDURI said...

Salam

semua pemimpin pakatan rakyat yang berkempen di Permatang Pauh 2, pelakon handalan...Bos nya DSAI..Gus Dur tak Gus Dur nya. kena guntur (guruh kalu ikut sebutan kat semenanjung sane) nanti c DSAI ndak jadi terus betanding padan muka. jangan juga talampau membuhung nanti bebisul mulutmu wahai DSAI.

ibrahim yahaya said...

Sdr PK,

Saya setuju dengan pandangan Sdr agar UMNO tidak "memakan" umpan yang dipasang oleh DSAI. Antaranya ialah isu sumpah Saiful Bukhari Azlan yang perlu dilihat sebagai isu peribadi yang perlu diselesaikan oleh penasihat PKR itu. Jika isu itu dimainkan terlampau sangat, mungkin pelbagai tuduhan akan dilemparkan terhadap UMNO. Biarlah pengundi Permatang Pauh yang menelitinya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

TS P Ramlee tidak seharusnya menangis tetapi mengkagumi bakat anak tempatan yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Mengenai Gus Dur, ada rakan yang memberitahu saya bahawa ada gambar bekas pemimpin RI itu bersama dengan seorang gadis yang duduk di atas ribanya. Siapa ada gambar tu?

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Ramai yang meramalkan DASO akan membuat kejutan dalam keputusan PRK Permatang Pauh kali ini. Seperti juga pada PRU12, ketika ramai yang menyangka DASO akan kecundang, beliau berjaya mengharungi badai tsunami di Seberang Jaya. Orang baik tentu orang akan suka. Apabila mereka suka, mereka akan memberi sokongan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Ramai yang berpendapat tarikh 16 September itu adalah satu hari biasa seperti juga tarikh-tarikh yang pernah diperkatakan oleh penasihat PKR itu sebelum ini. Takpelah, kita tunggu saja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mawar Berduri,

Saya yakin ramai juga pelakon tempatan akan turun ke Permatang Puah untuk membantu parti-parti yang mereka sokong. Oleh itu, ada juga pelakon yang akan menyokong pelakon.

Selamat berlakon.

ahm said...

tak kiralah siapa pun jadi pm, sama ada pak lah kekal ataupun anwar menang ynag penting untuk menjadi seorang pm, tokoh itu mestilah kuat, pintar dan ada stamina sebab ini kerusi no. 1. kalau tokoh itu lemah, mengelabah dan kurang cerdik habislah negara hancur dek kebodohannya dan kelembikannya. tdm menang pada krisis 1998 kerana ia pintar dan kuat, anwar lemah dan kurang bijak masa itu. sekarang kita tengok siapa menang, paklah? atau anwar?.

sumpah saiful memang tepat, tapi benarkah ia dipaksa atau sebenarnya 2 ways. hanya anwar dan saiful yang tahu.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya tak kenal Anwar dari dekat. Tapi Anwar pernah pemimpin jadi pemimpin pelajar, pemimpin belia (ABIM), Ketua Pemuda UMNO dan kemudian Timbalan Presiden UMNO. Jadi sama ada dia pandai berlakon atau tidak, saya fikir tak penting. Yang lebih penting ialah, sejarah hidupnya itu menunjukkan dia memang ada daya penarik, kebolehan, kaliher dan karisme.

Kalau dia tak ada kebolehan dan karisme, Tun Mahathir pun agaknya tentu tak sayang dia pada peringkat awal dia masuk UMNO dahulu!

Quantum Metal Consultant said...

Walaunpun kita sedar, serba tahu akan lagak aktor ini tetapi jangan pula sampai UMNO overacting, kelak dia memang undi simpati, menang atas sebab teknikal sekali lagi.

Kepada Anwar diingatkan, pelanduk boleh lepas jerat bukan selama dan setiap masa, berhati hatilah di pilihanraya.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Di Sabah memang dinanti-nantikan tarik 16 Sept setiap tahun sebab CUTI UMUM..
Apa nak heran Datuk, Pelakon sekarang pun boleh bawa pelbagai watak. Inikan pula DSAI, saya pun kalau ada peluang jadi pelakon GERENTI SEHEBAT AZIZAH maybe lebih dari AZIZAH. TAN SRI P RAMLEE tak ada tandingannya.Takat DSAI itu jgn mimpilah.

Anonymous said...

Salam Ibrahim

Betul sangat cakap ketam. Mak I dapat honours dalam Econs.
Tapi cakap macam pandai sangat.
Berlakon mengalahkan MGGR.
Dah jatuh munafik. Tak takut ke bala Allah.

BURUNG KENARI said...

DSAI itu boleh dapat anugerah pelakon terbaik tau kalau dia masuk FFM. Tak yah lagi nak listkan percalonan lain. Tu lah sebabnya klu rakyat tertipu dengan taktik kotornya tu maka durang pun percayalah DSAI tu kononnya teraniaya dan dizalimi.