Sunday, August 24, 2008
SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (20)
(Najib dan Anwar. Grafik dikutip dari AgendaDaily.com)
Mungkin ramai yang terkejut dengan kehadiran Konsul Kehormat Mongolia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi, dalam kempen BN di Permatang Pauh.
Pertama, mengapa beliau hadir untuk memberi penjelasan dan kedua, adakah isu gadis Mongolia banyak ditimbulkan dalam ceramah di PP.
Dalam ceramahnya, Datuk Syed Abdul Rahman menegaskan apa yang disebarkan oleh DSAI dan blogawan, RPK, telah banyak menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Mongolia. Berita tidak betul itu yang mengaitkan TPM dalam kes berkenaan sudah tentu menjatuhkan maruah pemimpin negara dan Malaysia di seluruh dunia.
Penipuan dan pembohongan oleh DSAI ini perlu diperbetulkan demi kepentingan negara dan maruah rakyat negara ini. Beliau turut menafikan sebarang pembabitan TPM dalam kes gadis Mongolia, yang masih dibicara di mahkamah.
Dalam satu majlis pada Jumaat lalu di Masjid Guar Perahu, DS Najib Tun Razak, mengulangi sumpahnya di hadapan penduduk di situ.
Kedua-dua peristiwa itu daripada pengamatan saya memberikan banyak signifikan kepada usaha BN untuk memaparkan apa yang dinyatakan oleh penasihat PKR dan pemimpin parti pembangkang adalah satu pembohongan besar selama ini.
Apabila pembangkang membuat tuduhan tanpa penafian BN, ini akan menyebabkan rakyat percaya apa yang dihamburkan oleh pembangkang terutama usaha mencalarkan imej Panglima Perang BN dalam "peperangan" di Permatang Pauh ini.
Yang lebih malang ialah laporan memburuk-burukkan pemimpin negara yang boleh dibaca oleh pembaca internet di seluruh dunia menerusi laman RPK akan merosakkan imej negara dan memaparkan seolah-olah semua yang berlaku ada konspirasi politik di belakangnya.
Dalam ertikata lain, ada kegiatan "main belakang".
Ejen kenit memberitahu saya, penafian Datuk Syed Rahman itu sudah tentu berasaskan perkembangan selama ini yang menunjukkan segala fakta yang dinyatakan di perbicaraan pembunuhan gadis Mongolia berkenaan tidak langsung menunjukkan pembabitan pemimpin negara sepertimana tuduhan yang disebarkan.
Isu gadis Mongolia ini ditolak oleh pengundi di PRK Ijok, Selangor dan sudah tentu isu ini akan terus memihak kepada BN untuk menunjukkan pembohongan pembangkang yang berniat semata-mata untuk memalukan pemimpin negara.
Jangan main belakang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
abe MIE ada dengar pungutan suara antara BN dan PKR terkini ialah
BN-60%
PKR-40%
Harapkan penduduk dan pengundi PP yang menilainya nanti. Apa yang abe MIE lihat, banyak penerangan diberikan untuk menafikan PENIPUAN ANWAR IBRAHIM selama ini yang suka dan gemar memburukkan orang lain.
kini melayu melihat PKR sebagai Parti Kencing Rakyat dan merasakan begitu terancam!!
kalau tak percaya, tanyalah pemimpin dan pengikut PAS..
Sdr Abe Mie,
Parti Kencing Rakyat? Macam-macam nama diberikan terhadap parti itu. Ada yang menyatakan Parti Kuat Raba atau Parti Kuat Rasuah. BN pula dikatakan parti BeEnd atau B... Negara. Apa yang penting ialah parti politik jangan kuat berbohong dan mengelirukan rakyat. Jangan biarkan rakyat binggung.
datuk,dalam tempoh 35jam menjelang hari mengundi di P.PP,merupakan waktu anjal untuk para pengundi mendormantkan akaun PKR.26ogos08hari pengclosean account PKR,hanya BN saja yang terbukti menjamin kemajuan dan keselematan rakyat Malaysia.Graf PKR = 40% -
BN = 60% +
Ertinya peluang BN menang kian cerah.Tahniah kepada pengundi Parmatang Pauh.
Sdr Hasipin66,
Adalah menjadi harapan semua pihak agar tiada keganasan dilakukan menjelang hari pengundian. Jika ada keganasan, tiada siapa yang akan mendapat faedah daripadanya.
Salam Datuk,
Inilah masaalahnya orang yang terlalu taksub hendak menjadi Pemerintah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja yang penting hasrat mereka tercapai. Tapi mereka tidak tahu impak isu yang mereke utarakan menganggu gugat perhubungan baik 2 negara. Sedangkan kerajaan BN cuba memulihkan hubungan baik pada semua negara di dunia ini untuk kebaikan semua pihak. Apakah PKR mampu untuk melakukan seperti itu sedangkan sekarang pun mereka cuba mengugat ketenteraman 2 negara?
Harapan saya menjelang pilihanraya di PP ini masyrakat akan sedar kita mahukan kerajaan yang dapat membawa ketenteraman dan kedamaian untuk kita, anak-anak generasi kita dan yang paling penting untuk bangsa, agama dan negara kita. kerana walau apapun anutan ugama dan budaya kita masih di bawah serumpun yang serupa. Bulat air kerana pembentung. Bulat Rakyat Kerana Muafakat.
Salam,
Oleh kerana Datuk Syed Abdul Rahman membuat penjelasan itu dalam konteks pilihan raya dan semasa kempen BN pula, saya ragu-ragu adakah beliau membuat penjelasan itu semata-mata untuk menyatakan "kebenaran" atau didorong oleh motif tertentu dan didorong oleh orang-orang tertentu.
Walaupun saya tidak bermaksud untuk merendahkan beliau, tetapi "menolong" BN dalam konteks pilihan raya ini tentu ada ganjarannya, entah wang, entah jawatan atau "hadiah" yang lain.
Ini bukan tuduhan. Tapi dalam konteks pilihan raya yang sengit dan panas, macam-macam perkara tentu mungkin, dan tidak ada yang tidak mungkin.
Kepada mereka yang merasakan sokongan BN semakin meningkat dan kemungkinan BN akan menang di Permatang Pauh, itu pertimbangan yang silap.
Anwar akan tetap menang di sana. BN mungkin hanya boleh mengurangkan majoriti kemenangan Anwar.
Perlu diingat, ini pilihanraya kecil Permatang Pauh bukan pilihanraya umum Malaysia.
Jika diletakkan Tun Dr. Mahathir di sana sekalipun, belum tentu boleh menang.
Datuk saya, bapa saya, dan saya mempertahankan negara Malaysia bukan untuk UMNO tetapi untuk Melayu, Cina, India, portugis Melaka, Baba....
UMNO sumpah depan Quran tetapi sifat macam SETAN !!!
PEJUANG MALAYSIAN
Saya teringin juga nak lihat Anwar menang. Kita boleh tengok macam mana dia nak jadi PM 16 sept.
Tapi lebih bagus, sbb boleh hantam dia bertubi-tubi dalam parlimen, dan semua orang boleh tengok telatah dia. Dalam parlimen tak boleh sorok. Semua top gun kat dalam.
Lepas tu biar kes mahkamah yang mengosongkan kerusi beliau.
Jadi sebenarnya, jika kes liwat itu benar, dan bukti kukuh, BN ada trump card lagi satu....
Moon
Anwar berketurunan Hindu?
mulutmelayu
Member
Posts: 65
Location: mountain view
Joined: 15.02.08
Posted on 23-08-2008 23:21
Bagi penduduk negeri Pulau Pinang semua mengetahui bahawa datuk sebelah bapa Anwar Ibrahim adalah hindu convert yang mengahwini perempuan Melayu. Datuknya dulu bekerja sebagai Hospital Atendant di Hospital Pulau Pinang dan tinggal di kuates atendan di Lines Road Pulau Pinang.
Bapanya, Pak Ibrahim selain kahwin dengan mak Anwar selepasnya pula berkahwin dengan orang gajinya (isteri kedua).
Jika anda datang ke Bukit Minyak (berdekatan kawasan perindustrian Bukit Minyak) anda akan dapat melihat sebuah istana di persimpangan tiga Kampung Bukit Minya kepunyaan adiknya, Marzukhi yang dibina semasa Anwar menjadi menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Lain-lain abang dan adiknya Rani adalah bekas pegawai belia daerah di Butterworth tetapi semua adik beradiknya memasuki bidang perniagaan semasa Anwar menjadi TPM. Walau bagaimanapun terdapat seorang adiknya yang menjadi penagih dadah, mengutip barang-barang (terbuang!) di kampung Jalan Kilang Ubi, di mana terletaknya rumah Pak Brahim dulu.
Abang Anwar, Marzhuki adalah Pengerusi Jawatankuasa Qhariah Masjid Tok Kun Bawah. Jadi tidak hairanlah jika dalam khutbah Jumaat, khatib masjid ini membaca khutbah politik.
Sebagai contohnya, Jumaat 22 Ogos semalam, khatib mengutuk abis Kerajaan sekarang dengan mengatakan Kerjaan menganiayai rakyat. Kes mercedes turut dibangkitkan. Pujian yang melambung diberikan kepada Anwar Ibrahim (secara indirectly) dengan mengatakan pemimpin yang menjaga kepentingan dan kaum marhaen di Malaysia.
Kepada jemaah disgokkan bahawa Anwar Ibrahim difitnah untuk menghalang dia daripada menjadi PM.
Apapun dalam khutbahnya khatib masjid ini tidak pula menyentuh tentang sumpah.... smiley smiley smiley
Sambal belacan dah jadi perkasam, simpan elok elok jangan sampai basi..
salam..semua,
Dalam kontek lebih luas..
kerajaan BN sehingga saat ini adalah
yang terbaik dan terhebat untuk survival warga Melayu,Cina,India & lain-lain...bangsa Malaysia..rakyat Malaysia....
Cubalah kita nilai apakah tindakan atau perkara yang mungkin dan tidak mungkin dilakukan oleh pentadbir/
pemimpin BN itu tidak baik/baik
untuk rakyat,bangsa dan negara?
Jika pemimpin pula menilai terhadap
rakyat,bangsa dan negara..pastinya
dapat diukur betapa hebat perubahannya...jika ada warga
yang sangsi tentang ini..pastilah ianya masih buta hati....atau dia lupa akan nikmat 'subsidi'contohnya
semenjak ianya masih bentuk air mani lagi...yang kerajaan BN beri..
APAPUN TINDAKAN PASTI BERPAKSIKAN KEBENARAN...
Bro..
Kita tunggu tarikh keramat 16 Sept 2008 samada DSAI jadi PM Jika menjadi betullah cakap dia kalu tidak bohong lah dia.....
Salam Datuk,
Nampaknya sambal belacan Permatang Pauh Datuk tak basi-basi yea.. Makin lama, makin sedap dan panas walaupun tak perlu dipanaskan.. Tahniah Datuk kerana siri Sambal Belacan Permatang Pauh Datuk makin hangat di pasaran...Hidup BN...
Salam to all ... From my vantage point ... there's a lot to be desired ... so many facts & datas yang tak betul with regards to Mongolian-Altantuya case-thingy ni. Looking the the big picture ... so many things does not add up. Seems so many things yang "gray-area". For haven sake ... the poor old Razak Baginda (RB) is DPM's right hand man. Ok lah... for argument sake ... dia kata dia tak pernah kenal atau jumpa this Mongolian lady. Fine ... but surely if she is the interpreter for the deal with the French government ... RB must have made mentioned. The other thing yang really funny & tak masuk akal ... how come our imigration ministry tak ada any record at all of Altantuya coming in to Malaysia. Is RB that powerful enough in Malaysia to tamper with imigration data? Doesn't that portray bigger hands at play? YB Datuk Syed Abdul Rahman said all these bikering has given such a negative impact to the nation-to-nation relationship of Mongolia-Malaysia. But all things shows hanky-panky coverups and irregularities. Perhaps to the highest office? Give us good rational answers to these ... then may b ... may b things will turn out better.
Bab2 kalau nak buat kecoh buat cerita ni serah je dekat Anwar dan pencacai utama dia RPK. Ni memang kepakaran mereka, cakap dengan takda bukti dan penuh sensasi. Bila tanya, cakap nanti akan didedahkan kemudian, tapi sampai sudah apa pun tak nampak. Tapi kalau bila kena dekat dia, wartawan tanya apa2 dia pergi marah balik wartawan cakap wartawan menyibuklah, apa lah. Apa kebenda Anwar ni, dah gilo ke ape?
pro bn juga blog ni rupanya..ok, cow dulu, permatang pauh gua dah tawan bro..!!
Post a Comment