Saturday, August 16, 2008

TIGA PENJURU

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti serpihan Pas, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). BN mempertaruhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, manakala PKR menampilkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61. Akim pula menerusi Presidennya, Hanafi Mamat.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Biro Pilihan Raya PKR, Dr Mansor Othman yang turut menyerahkan borang pencalonan dan dikatakan bertanding sebagai calon Bebas, bagaimanapun menarik diri. Pengesahan calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya jam 11.45 pagi selepas tempoh penghantaran borang pencalonan tamat jam 10 pagi dan sejam berikutnya untuk bantahan. Terdahulu, semua calon yang bertanding diiringi pemimpin dan penyokong masing-masing masuk ke pusat penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun, yang dibuka mulai jam 9 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2007 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2008 yang diwartakan 19 Jun lalu. Ini bermakna seramai 58,459 pemilih berdaftar terdiri daripada 57,969 pengundi biasa dan 490 pengundi pos layak mengundi. Ia pilihan raya kecil yang pertama diadakan selepas pilihan raya umum ke-12, pada 8 Mac lalu-Berita Harian

19 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Wah 3 penjuru? maksudnya bukan sahaja BN yang akan bertanding tapi AKIM juga akan menentang PKR?
Pertandingan yang hebat dan kita akan dapat lihat apa isu yang DSAI akan gunakan untuk mendapat undi rakyat PP bagi menentang AKIM. Diharap jentera BN akan lebih berkerja kuat bagi memulihkan kepercayaan masyarakat PP kepada BN (UMNO)

terubuk jantan said...

Dato,
Nampaknya perlawanan tiga penjuru di P.P, saya telah ada ramalan tentang siapa yang akan memenanginya..T.D.M kata D.A.S.O mampu mengurangkan majoriti D.S.A.I tetapi sukar untuk mencapai kemenangan.Apa2pun pengundi permatang pauh jualah yang menetukannya sementara kami menunggu laporan dari DATO TiGER...

p/S: Tok, Kalau ada piliharaya kecil di Melaka saya nak lihat Tok Rimau bertanding..saya doakan.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Apa kes jurugambar NSTP kena pukul dengan 30 penyokong PKR?
Inikah ciri2 pemimpin atau parti yang baik? Pukul orang sesuka hati macam dah tak ada adat dan sopan langsung. Inikah yang DSAI ajar pada PARTI PKR? Belum lagi memerintah dah boleh pukul orang sesuka hati. Kenapalah masyrakat tak dapat menilai semua tu? Apakah kalau kita rasa tidak puas hati kita boleh buat sesuka hati pukul orang atau buat tunjuk perasaan? Kepimpinan macam inikah yang PKR nak bawa?

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anwar dah nak jadi Tuhan. Dia dah jadi macam Ayah PIN dan al-maunah dan setaraf ABUNYA. Sumpah 50 kalipun tak ada guna. DIA DAH LAMA KAT BARAT DAH LUPA PASAL ISLAM.

Haji Hadhi anggap sumpah ini macam ajaran Kristian, angkat Al-Quran. DIa memang perangai macam nie. Patutlah rakyat terengganu menolak PAS.

Dr. Asri, memberitahu bila ANwar hendak bersumpah? Jangan main-main dengan sumpah.

Nik Aziz akui sumpah Saiful betul dan mengikut Syariat Islam. Sama diakui oleh JAWI dan ulama tertentu. Patutlah rakyat Kelantan suka pada ulama yang tidak campur aduk dengan politik.

Dr. Harun Din mempersoal kepada Saiful mengangkat sumpah sedangkan Anwar sepatutnya dahulu berbuat demikian. Mungkin Harun Din 'tidak pernah hendak' tahu kenapa Anwar tidak mahu bersumpah.

Bagi abe MIE- Anwar macam Al-Gore. Mana pandang Islam melainkan sebagai pengganas dan menyokong Islam untuk bunuh Islam lain.

Syabas Ibrahim Ali. Anda seorang manusia yang bermaruah. Walaupun menyokong PAS, anda adalah manusia berani kerana benar tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.

Quantum Metal Consultant said...

Pilihanraya ini lebih kepada pertandingan dan perjuangan peribadi antara Anwar - Najib (Dolah)..Datuk Arif Shah dan Hanafi Mamat sekadar pelakon tambahan mencukupkan skrip.

Oleh itu rakyat (luar PP) janganlah ghairah sangat dan pengundi PP pula eloklah berpada pada, jangan sampai menang jadi abu, kalah jadi arang dan bila menang, jangan pula bersarak sampai kampung tergadai..

Kepada Najib, Dolah dan Anwar, elolah mulai besok pakai baju dan seluar berlapis lapis sebab ramai penceramah ke dua dua pihak ghairah sangat nak 'membogelkan' lawan masing masing..

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Setakat malam tadi, PKR lebih mempertahankan diri terhadap apa yang dilakukan selama ini termasuk cadangan 10 peratus kemasukan ke UITM, tuduhan liwat itu dikatakan satu konspirasi, ekonomi rakyat, memperkecilkan kerajaan sekarang dan mempersoalkan peranan UMNO dalam demonstrasi.

PAS pula menceritakan mengenai Muzakarah UMNO/PAS yang dikatakan bukan kemahuan mereka tetapi disyorkan oleh UMNO. Mereka juga mengaku lebih Melayu daripada UMNO. Mereka juga kata PAS sudah lama menghadapi UMNO berbanding parti baru seperti PKR. Jadi mereka lebih tahu apa yang UMNO lakukan selama ini. Akan bantu PKR.

DAP pula mahu orang Melayu menolak UMNO kerana selama ini menguntungkan segelintir pihak saja. Mereka juga tidak percaya dengan tuduhan liwat DSAI itu dan mahu UMNO menggunakan isu lain.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Salam kembali.

Setakat malam tadi masih seimbang dan kedua-dua pihak mengharapkan pengundi di atas pagar. Antara isu yang diberikan kepada pengundi atas pagar ialah mengenai calon PKR sendiri yang sudah lari daripada perjuangan asal PKR di samping taktik gangster membentuk kerajaan. Ada juga orang Melayu Pulau Pinang yang mahu kerajaan negeri membantu mereka dan tidak memberi tumpuan kepada kaum Cina saja.

Pemilihan DASO menaikkan semangat kem BN dan mereka yakin boleh menang jika lebih banyak penerangan mengenai isu terkini.

Saya tidak meminta, juga tidak menolak.

Salman Madani said...

Salam,

Pertandingan di Permatang Pauh sepatutnya lebih baik kalau dua penjuru saja -- BN dan PKR.

Saya tidak tahu mengapa AKIM tiba-tiba muncul. Adakah ada harapan menang atau hendak kacau daun saja? Ataupun ada pihak yang mendalangi untuk memecahkan undi Melayu, dan dengan itu boleh mengurangkan undi untuk PKR?

Tentang pengakuan bersumpah Saiful, sebelum itu dia ada hubungan dengan pegawai Najib, dengan Najib, dengan pegawai polis, dengan Mufti Wilayah ( penyokong kuatUMNO) dan entah siapa-siapa lagi. Jadi ini semua merupakan "jaringan konspirasi" untuk memusnahkan Anwar. Jadi kalau dia bersumpah pun, itu jelas sebahagian daripada konspirasi juga

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Takyahlah pukul orang. Mereka hanya membuat tugasan saja.

Saya juga "naik angin" di lebuhraya menuju ke pusat pengundian apabila beberapa beruk maknyeh yang memakai serba hitam menahan kereta di depan untuk membolehkan trak hilux dan kereta mereka lalu. Ada yang memakai baju lambang PKR dan PAS. Perbuatan ala samseng itu menyebabkan saya menjerit kepada mereka. Tidak sampai turun ke gelangganglah sebab ada 5 hilux, lima biji kereta termasuk kereta mewah. Lepas tu lompat tepi hilux dan bertenggek seperti UTK. Nasib baik jalan sesak,kalau kereta brek tadi, kena buat majlis tahlil untuk mereka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Malaysia adalah sebuah negara yang istimewa yang sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Cuba cari doa yang dibacakan oleh Mufti Negeri Sembilan ketika majlis kemerdekaan itu yang mahukan negara ini terus dipimpin oleh pemimpin Melayu yang beriman dan berwibawa.

Itu sebabnya sesiapa saja ada niat jahat serta mengetepikan kepentingan bangsa dan agama akan dilaknati Allah SWT. Tunggulah hari pembalasannya kerana doa akar umbi amat dihargai tuhan.

Quantum Metal Consultant said...

Kita bukan disuruh takut atau pecaya atau tidak percaya kepada Anwar, Saiful atau sesiapa sahaja..

Tetapi apabila Alquran dan nama Allah digunakan untuk besumpah di Rumah Allah, takut dan hormatilah, soal kebenaran dan laknat serta balasan, ia sudah diserahkan kepada Allah...

Janganlah kita memandai mandai kerana itu nampak sangat kebodohan kita..

Anonymous said...

Tuan...biar bagaimana sekalipun sumpah/tuduhan dan anggapan malah kalau berbillion sekali pun dituduh meliwat, namun DSAI sebillion kali lebih baik dari semua pemimpin UMNO/BN yg selama ini memperbodoh bodohkan rakyat.

Masa untuk perubahan total.

Yahya Ahmad

Anonymous said...

PKR takut Permatang Pauh terlepas secara sia-sia kepada BN, so Dr Mansor Othman jadi kambing hitam.
-LOK

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER.
3 penjuru memang sengit....jangan pandang rendah kemampuan lawan masing2.
Tuah ayam dapat kita lihat di kaki...kalau ada lagi kakinya.tak kena langgar dek kereta la.

Tuah manusia hanya Tuhan yang tahu.Yang penting masa berkempen biarlah berpada-pada...jangan kempen gila-babi...nanti betul2 gila takpa jangan jadi b##i sudahlah.

mat_terab said...

kalau takut di lambung ombak jangan berumah di teri pantai.....

Anonymous said...

setakat ini PKR telah memang.tapi menang soraklah kerana penyokong PKR dikatakan "outnumbered" penoyokong BN.

tapi apapun ini baru permulaan.masih lagi belum rancak pada tahap yang sepenuhnya.masih ada masa untuk meraih sokongan dan berkempen bagi parti masing-masing.

Anonymous said...

Kalau setakat menang sorak tu tiada apa yang perlu dibanggakan sangat. Kita tengok 'outcome' by-election ni nanti.

Anonymous said...

Semoga BN menang di Permatang Pauh...

Anonymous said...

Betul tu, setakat menang sorak tu takda apa2 pun. Orang2 PKR memang terkenal dengan perangai yang macam tu. Sorak2 orang, tunjuk kuat, kumpul ramai2 buat kecoh. Tu je lah yang mereka pandai. Orang lain takda nak ghairah buat perangai macam tu. Mereka je yang rajin macam tu, tu sebab nampak ramai, masalahnya masih ramai lagi yang tidak menyokong mereka diam je. Kalau hebat berkumpul dan menyorak orang dan pukul orang tu tak bermakna paling hebat. Kita bukan hidup dizaman batu lagi.